Sunday, March 23, 2014

Inap Desa Homestay Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam Hubungi 0122840765

Inap desa ini terletak di Apartmen Alam Prima,  Seksyen 22, iaitu 2km dari Stadium Malawati Shah Alam atau 5-10 minit pemanduan.

*Kadar sewa Jumaat, Sabtu, Ahad:
Hari pertama RM188
Hari kedua tambah RM148 (Jumlah RM336)
Hari ketiga dan seterusnya tambah RM128 setiap hari (Jumlah untuk tiga hari RM464)

*Kadar sewa Isnin, Selasa, Rabu, Khamis:
Hari pertama RM148
Hari kedua tambah RM118 (Jumlah RM266)
Hari ketiga tambah RM88 (Jumlah RM354)
Hari keempat dan seterusnya tambah RM58 sehari (Jumlah untuk empat hari RM412)

*Kadar ini adalah untuk empat orang penghuni. Setiap orang berikutnya hendaklah menambahkan RM18 setiap hari

Daftar masuk: 2.30 petang
Daftar keluar: 12.00 tengah hari
Daftar keluar lewat: 5.30 petang (tambah 50% daripada sewaan harian berikutnya)
Cengkeram RM200

Pembayaran penuh hendaklah dibuat semasa pendaftaran masuk.

Maksimum enam orang.

WhatsApp 0122840765 Qiu Syah

Monday, March 3, 2014

Bilik Sewa Shah Alam Hubungi Qiu Syah 012-2840765

Apartmen Alam Prima, Seksyen 22/Batu Tiga, Shah Alam

Contoh Ruang Tamu dan Dapur

Contoh Bilik Tidur

BILIK SERBA LENGKAP--> Harga bermula dari RM430 hingga RM900 sebilik
--> Cengkeram 2 + 1 + yuran perjanjian RM200-RM300
--> Katil, almari pakaian, tilam, kipas siling,
mesin basuh, peti ais, TV, meja makan, sofa dll.
Insya-Allah bawa badan dan pakaian sahaja.

KRITERIA
--> Cepat dan mudah bayar sewa
--> Pembersih dan sama-sama menjaga rumah dengan baik

BERDEKATAN DENGAN
--> Subang Hi-Tech (2km)
--> Hicom-Glenmarie Industrial Park (2km)
--> PROTON (6km)
--> MSU (2km)
--> PTPL (3km)
--> Politeknik Shah Alam (2km)
--> KTM Batu Tiga (1.5km)
--> Tol Batu Tiga (1.5km)
--> Seksyen 13 (1.5km)
--> UiTM (11km)

Capaian dekat/pantas
Lebuh raya Persekutuan,
PLUS Putrajaya, NKVE, Guthrie.

WhatsApp 0122840765 (Qiu)

#Sebulan cengkeram diperlukan untuk tempah(book) bilik
#Setelah ditempah (bayar cengkeram), wang tidak
akan dipulangkan jika dibatalkan

Wednesday, November 21, 2012

Mudah.my Sangat Lembap, Banyak Kerenah dan Menjengkelkan!

Sangat-sangat geram dengan mudah.my. Mudah.my tidak lagi menjadi medium periklanan yang memudahkan pengiklan. Mudah.my telah banyak menyusahkan pelanggan mereka, tidak kira sama ada yang berbayar apatah lagi yang tidak berbayar. Perkhidmatan mereka sangat lembap, mempunyai kerenah yang menjengkelkan, selain peraturan yang agak tidak sesuai. Itulah antara luahan yang pernah saya dengar, dan saya bersetuju kerana menghadapi keadaan yang sama.

Kalau pun peraturan yang ditetapkan itu patut begitu, hinggakan iklan ditolak, banyak kali orang yang bertanggungjawab menyemak tersebut sebelum disiarkan, menolak iklan itu dengan mengelaskannya dalam ktegori yang salah, dan yang lebih teruk lagi, sebenarnya iklan itu telah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan, namun salah dilihat atau dinilai oleh penyemak.

Dengan sela masa yang diambil sangat panjang antara masa iklan dihantar dengan masa iklan itu disiarkan, kesilapan yang menunjukkan penyemak iklan itu tidak terlatih menyebabkan iklan tertangguh kerana apabila ditolak, pengiklan perlu mengeposkannya semula. Hal ini membuang masa pengiklan kerana setelah diposkan semula, mereka perlu menunggu iklan tersebut disemak sekali lagi sebelum disiarkan. Ada yang mengadu iklan mereka ditolak lebih daripada tiga kali atas alasan yang berbeza-beza, yang kemudiannya didapati alasan mereka untuk menolak iklan itu tidaklah betul.

Selaku pemerhati yang juga pelanggan, saya mencadangkan agar sesiapa yang mempunyai ilmu dalam hal medium periklanan ini, mengadakan medium periklanan baharu yang lebih baik dan yang dapat meraih populariti yang lebih besar daripada mudah.my. Saya kira masalah ketidaksediaan mudah.my memberikan perkhidmatan yang baik membuka peluang kepada kita untuk mengimarahkan dunia periklanan dalam talian, seterusnya mencetuskan persaingan yang menguntungkan pelanggan. Kami memerlukan medium periklanan baharu yang lebih segar, profesional dan benar-benar meMUDAHkan kami.

Sekian.

Friday, June 24, 2011

Hati Yang Dulunya Keras, Lembut Tanpa Sedar

Setelah kuharungi segala keperitan kekecewaan cinta agung itu, aku menjadi lebih kuat dan aku menjadi lebih kebal, jua aku menjadi lebih berawas-awas dengan segala rencah rasa yang hadir ke sampingku. Kusangkakan semua itu bisa melindungi dan menyelamatkan aku daripada mainan dunia, daripada usikan sang manusia.

Meleset...
Kekuatan yang lama kubanggakan, kekebalan yang sering kusebut-sebutkan, rupanya tidak kekal nun di dalam sana. Ia meluntur... Luntur setelah bertemu sesuatu yang telah mengubah keseluruhan hidupku.

Namun sayang sekali, semua lunturan itu tidak langsung dapat kurasai. Kekuatan dan kekebalan yang dahulunya kumiliki meninggalkan aku tanpa pesan. Tinggal tanpa ingat-ingatan.

Cinta...
Entah mengapa sungguh kejam ia menjangkitiku tanpa secebis pengetahuanku. Kebahagiaan yang dulunya tidak kuperlukan, dapat kurasakan dengan hadirnya insan yang kuanggap permata dalam hidupku.

Coretan II

Apalah Aku...

Pena tempangku ini hanya diangkat dan ditenyeh-tenyeh, tidak tahu di mana harus kumulai. Namun, pedih batinku hanya Dia dan aku yang tahu. Ada di mana-mana.

Huh, tidak. Dalam meniti semua kedukaan ini, tidakku luahkan kepada sesiapa meski ada yang bertanya.

Aku dengan duniaku yang membunuh. Aku yang mulanya mahu berhati-hati menjalani hidup ini, akhirnya tewas di tengah jalan. Tewas dek ketidaktentuan hati mentafsir, mencerna dan menghadam segala rencah rasa yang kuserap. Keegoan diri sendiri yang kadangkala kurasa, atau kusangka sebagai kesederhanaan dan jalan terbaik untuk menghalang aku daripada kecewa lagi... Ya, setelah emapat tahun lalu begitu kecewa yang amat atas nama cinta.

Coretan Pertama